Thursday, 4 December 2014

Petua : penjagaan rambut panjang

Menjaga rambut yang panjang. Tidak dinafikan wanita suka menyimpan rambut yang panjang. Tetapi ada juga lelaki yang gemar menyimpan rambut panjang. Mungkin mereka fikir ia nampak lebih rockers kot... Rambut yang panjang ini perlu mendapat menjagaan dan perhatian yang rapi.Jika tidak ia akan menimbulkan masalah pada rambut itu sendiri. Teman kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menjaga rambut yang panjang.



                                                    



1. Gunakan Jari Anda 

Seperti dalam iklan Rejoice, gunakan jari kome untuk meluruskan rambut. 
Sebaik sahaja kome bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. 
Sebaliknya, gosokkan jari kome tu di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk 
meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. 
Jika kome ubah taktik ini kepada menggunakann jari kome tu,
 ia akan memberi kesan yang positif pada rambut kome serta
 mampu mengurangkan pengguguran rambut. Mudahkan!


2.
3. Jangan Lupa Sikat Rambut - 

Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.



4. Keringkan Rambut 

Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik -

Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.


6. Peka Dengan Keadaan Sekeliling 
-
Lindungilah rambut kome tu daripada pendedahan berterusan dari pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut kome dan mudah membuatkan rambut kome kusut masai. Jika tidak keberatan, kome bolehlah mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.




Dipetik:http://apakehei.blogspot.com/2013/12/petua-penjagaan-rambut-panjang.html

No comments: